Wednesday, August 2, 2017

BC CREAM: All-in-one Product

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Hai

Malam ni aku nak promote satu produk kosmetik ni. Produk hot lagi trending. Produk yang agent selalu restock. Sekali restock bukan 1 2 set. Tapi berpuluh set. Nampak tak. Betapa hot nya produk ni. Produk ni dari DYXY cosmetics iaitu BC CREAM dan rakan seperjuangannya dalam set, GREENTEA FACEMIST, LIPSTICK dan BRUSH. Apa yang istimewa sangat produk ni? Sampai pelanggan pun asyik repeat order je. Korang makan ke? Haha. Ni aku nak cerita ni. Apa yang best sangat tu. Korang boleh la baca sambil makan megi.😄

Bagi yang belum kenal DYXY. Meh sini aku nak bisik. DYXY ni branding Malaysia tapi produk dari Korea. So, kalau produk dari Korea tu, korang faham-faham lah ye. Memang orang kita suka produk dari Korea ni. Okay. DYXY ni ada 4 produk. Produk tu aku dah nyata dah kat atas. Ni aku terangkan sedikit setakat yang aku tahu tentang produk ni.


BC CREAM
Sejenis bedak asas (BB cream foundation) tapi telah digabungkan dengan concealer sebab tu nama BC cream. BB cream + concealer.
Teksturnya unik iaitu mousse cream. Tak cair dan tak kering.
Full coverage. Dapat tutup segala eyebags, jerawat, parut, jeragat dan cela yang ada dimuka. Tak perlu dah pakai concealer, bedak dan foundation. Dapat jimatkan masa korang.
Sesuai untuk semua jenis kulit. Kering. Berminyak. Kombinasi. Bila berpeluh lagi glowing. Peluh dan minyak terkawal.
Mengandungi spf 50. Sebagai sunblock. Dapat melindungi wajah dari sinaran uv. Bolehlah guna walaupun korang kerja kat tempat panas. Tidak cair dan tahan 10 jam.
Tidak melekit, ringan dan tidak bercapuk.
Bahan utama dalam BC cream ialah sheer butter, vitamin e, mineral, water based semua bahan anti-radang yang sesuai untuk kulit sensitive.
BC cream ada 2 tone warna: natural dan beige.

GREENTEA FACEMIST
Mengandungi zat mineral. Bau green tea sangat wangi dan segar.
Member kesan glowing serta merta.
Menjadikan make up lebih tahan lama.
Boleh dijadikan sebagai make up base, make up fixing spray.
Membantu mengecutkan jerawat, mengurangkan alahan dan melembapkan kulit.
Sesuai untuk lelaki dan wanita.
Boleh digunakan pada bila-bila masa.

BRUSH
Brush baru ada label DYXY.
Bulu synthetic yang sangat lembut dan padat.
Tidak mudah tercabut dan mudah sekata. Dapat menjimatkan BCC. Boleh tahan sampai 3 hingga 4 bulan tau. Mengikut penggunaan korang.

LIPSTICK
Produk baru DYXY.
Matte lipstick
Ada 3 warna: Cherry red, Sexy nude dan Flirty me.

BC cream ni sangat sesuai kalau korang baru nak berjinakkan diri pakai make up. Korang takyah risau kalau korang tak tahu nak pakai make up. Tidak memerlukan pengalaman pun. Haha. Korang calit-calit je sikit, then, korang blend guna brush sampai sekata dan puas hati. Jangan lupa sembur facemist. Kasi glow2 gitu muka korang.

Okay. Aku rasa ni je kut. Macam banyak je aku duk membebel. Kalau korang ada soalan, boleh tanya kat komen dibawah. Kalau ikutkan, ada lagi kebaikan BC cream ni. Nak tahu, korang kenalah try sendiri.😏

Siapa-siapa yang berminat boleh usha dan dm ig @_by.saff . Aku sarankan korang beli set jimat combo sebab lebih jimat dan berbaloi.

Okay, bye

Assalamualaikum

p/s: If you feel this blog is not interesting. Please let me know by leaving any comment or suggestion below. Thanks 😊

Thursday, July 27, 2017

Cara semak baki bayar balik pinjaman PTPTN

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 

Hai.

Minggu lepas, masa aku tengah rehat sambil scroll Fb Insta bagai, aku buka cimb click. Saje buka nak tengok balance yang tak seberapa tu. Boleh kira dengan jari. Haha. Nasib la tanam anggur ni. So, sesaje jer try bayar ptptn. Lepas tu aku buka link ptptn, nak tengok. Ada potong tak. Huhu. Memang tak la kan. Hari ni bayar hari ni potong. Kena tunggu 2 3 hari gak la kan.

Tetiba aku terfikir. Why not aku post sal PTPTN kan. Macam mana nak tahu korang punya hutang tu secara online. Berapa banyak kena bayar. Tunggakan berapa k dah kan. Lama bebenor tak bayar. sampai k k. 😄. Jadi, takde la korang nak kena pergi pejabat ptptn semata-mata nak tahu jumlah yang perlu bayar je. Lain la memang nak pergi bayar. Kena ambil no tau. Lama tunggu. Mungkin ada yang dah tahu. Page ptptn pun ada post kat fb. Tapi tak kire. Aku nak post gak😃


Step 1

Pergi ke laman sesawang ptptn. Klik sini . So, akan muncullah laman web tu. Klik Semakan Penyata Pinjaman. Dalam kotak merah tu.

Step 2

Isi ic korang. Klik 'semak'. Then, akan keluar jenis akaun korang. Ujrah ke konvensional. Klik link tu. Nanti, korang perlu isi IC dan kata lalu. 

 Klik 'terlupa kata laluan'. Masukan no ic dan abjad yang tertera.

Step 3

Buka email yang korang daftar untuk ptptn ni. Ptptn akan hantar reset password kat email tu. Contoh yang aku
Pastu, korang ulang balik dari step 1. Isi ic dan kata laluan.


Akhir sekali, klik 'penyata baki' belah kiri. Dah boleh tengok baki hutang. Klik 'lihat lebih terperinci' kat bawah sekali untuk tengok lebih detail. 

Kalau nak buat bayaran. Klik 'bayar'. Jangan lupa tik kotak pinjaman 1. Cas RM0.53 dikenakan. Kalau tak nak cas. Bayar melalui JomPAY. Kat atas tu ada tunjuk no ref jompay korang. Nanti free, aku buat entri camne nak bayar guna JomPAY. Kalau bayar melalui Direct Debit dapat diskaun 10%. Tapi untuk tahun 2017. Tahun depan tak tahu ada lagi ke tak.

Kalau korang lupa email apa korang guna masa daftar ptptn. Korang pergi ke laman web ptptn. (step 1). Klik 'kemaskini email dan no.hp'. 
Isi no ic dan no pinjaman. Call ptptn untuk dapat no pinjaman.
Lepas tu, ulang balik dari step 1 diatas.

Maklumat tambahan. Korang boleh set kata laluan korang sendiri supaya senang nak ingat.

Ok. Aku rasa ni je kot aku boleh bagitahu. Kalau ada pape nak tanya, boleh tinggal comment kat bawah. Nanti aku jawab. Setakat yang aku tahu je lah. 

Ok. Bye

Assalamualaikum.

Monday, July 24, 2017

Comeback.

Assalamualaikum w.b.t.

Hai.

Ni bukanlah pertama kali aku blogging. Kali terakhir aku post entri pada tahun 2012. Sekarang dah 2017. Aku rasa dulu aku lagi advance dari sekarang sebab banyak aku lupa tentang blog ni. Hahaha 😄. Tapi blog aku yang dulu, aku dah delete dah. Takyah cari la yer.

Okay. Sebelum aku terus melalut, kenapa aku kembali berblogging? Sedangkan zaman arus permodenan globaliasi sekarang, orang dah tak main dah blog. Sekarang orang buat video, post di youtube, facebook, buat thread kat twitter, upload kat instagram, live story. So, apa sebabnya? Sebab saje je. Haha. Sebenarnya aku baru habis belajar. Dah Konvo tahun lepas. So, aku kembali lapang. Free. Penganggur terhormat katakan. 😁

Blog ni bukanlah blog info tapi blog santai. Untuk first entry ni, aku nak post ni je. Nanti next entri, aku akan update dan share something yang berguna la kot. Harap sudi la baca.

Ok. Akhir kata.

Assalamualaikum 

p/s: If you feel this blog is not interesting, please let me know by leaving any comment or suggestion below. Thanks 😊.