Wednesday, August 2, 2017

BC CREAM: All-in-one Product

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Hai

Malam ni aku nak promote satu produk kosmetik ni. Produk hot lagi trending. Produk yang agent selalu restock. Sekali restock bukan 1 2 set. Tapi berpuluh set. Nampak tak. Betapa hot nya produk ni. Produk ni dari DYXY cosmetics iaitu BC CREAM dan rakan seperjuangannya dalam set, GREENTEA FACEMIST, LIPSTICK dan BRUSH. Apa yang istimewa sangat produk ni? Sampai pelanggan pun asyik repeat order je. Korang makan ke? Haha. Ni aku nak cerita ni. Apa yang best sangat tu. Korang boleh la baca sambil makan megi.😄

Bagi yang belum kenal DYXY. Meh sini aku nak bisik. DYXY ni branding Malaysia tapi produk dari Korea. So, kalau produk dari Korea tu, korang faham-faham lah ye. Memang orang kita suka produk dari Korea ni. Okay. DYXY ni ada 4 produk. Produk tu aku dah nyata dah kat atas. Ni aku terangkan sedikit setakat yang aku tahu tentang produk ni.


BC CREAM
Sejenis bedak asas (BB cream foundation) tapi telah digabungkan dengan concealer sebab tu nama BC cream. BB cream + concealer.
Teksturnya unik iaitu mousse cream. Tak cair dan tak kering.
Full coverage. Dapat tutup segala eyebags, jerawat, parut, jeragat dan cela yang ada dimuka. Tak perlu dah pakai concealer, bedak dan foundation. Dapat jimatkan masa korang.
Sesuai untuk semua jenis kulit. Kering. Berminyak. Kombinasi. Bila berpeluh lagi glowing. Peluh dan minyak terkawal.
Mengandungi spf 50. Sebagai sunblock. Dapat melindungi wajah dari sinaran uv. Bolehlah guna walaupun korang kerja kat tempat panas. Tidak cair dan tahan 10 jam.
Tidak melekit, ringan dan tidak bercapuk.
Bahan utama dalam BC cream ialah sheer butter, vitamin e, mineral, water based semua bahan anti-radang yang sesuai untuk kulit sensitive.
BC cream ada 2 tone warna: natural dan beige.

GREENTEA FACEMIST
Mengandungi zat mineral. Bau green tea sangat wangi dan segar.
Member kesan glowing serta merta.
Menjadikan make up lebih tahan lama.
Boleh dijadikan sebagai make up base, make up fixing spray.
Membantu mengecutkan jerawat, mengurangkan alahan dan melembapkan kulit.
Sesuai untuk lelaki dan wanita.
Boleh digunakan pada bila-bila masa.

BRUSH
Brush baru ada label DYXY.
Bulu synthetic yang sangat lembut dan padat.
Tidak mudah tercabut dan mudah sekata. Dapat menjimatkan BCC. Boleh tahan sampai 3 hingga 4 bulan tau. Mengikut penggunaan korang.

LIPSTICK
Produk baru DYXY.
Matte lipstick
Ada 3 warna: Cherry red, Sexy nude dan Flirty me.

BC cream ni sangat sesuai kalau korang baru nak berjinakkan diri pakai make up. Korang takyah risau kalau korang tak tahu nak pakai make up. Tidak memerlukan pengalaman pun. Haha. Korang calit-calit je sikit, then, korang blend guna brush sampai sekata dan puas hati. Jangan lupa sembur facemist. Kasi glow2 gitu muka korang.

Okay. Aku rasa ni je kut. Macam banyak je aku duk membebel. Kalau korang ada soalan, boleh tanya kat komen dibawah. Kalau ikutkan, ada lagi kebaikan BC cream ni. Nak tahu, korang kenalah try sendiri.😏

Siapa-siapa yang berminat boleh usha dan dm ig @_by.saff . Aku sarankan korang beli set jimat combo sebab lebih jimat dan berbaloi.

Okay, bye

Assalamualaikum

p/s: If you feel this blog is not interesting. Please let me know by leaving any comment or suggestion below. Thanks 😊